Friday, May 21, 2010

Sejarah Kaabah

Mengapa Kaabah dipanggil Kaabah?
Perkataan Kaabah adalah daripada perkataan Arab. "Kaab", yang bermaksud empat persegi. Kaabah juga disebut "rumah". Sebagaimana sebuah hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : " Sesiapa yang menziarahi rumahku, atau masjid Rasulullah saw atau pun Baitul Muqaddis lalu ia meninggal dunia, maka ia dianggap mati syahid.
"Baitullah" atau rumah Allah juga merupakan satu lagi nama bagi Kaabah. Nama ini banyak disebut di dalam Al Quran seperti pada ayat 97 surah Ali-Imran, ayat 127 surah Al Baqarah dan surah Al Haj ayat 29. "Rumah Tua" juga dinamakan pada Kaabah kerana ia merupakan rumah untuk beribadat kepada Allah yang paling tua sekali pernah didirikan oleh manusia. Malah ada juga orang memanggil Kaabah sebagai " Baitul Haram". Ini disebabkan "Baitul Haram" adalah tempat dibangunkan bangunan Kaabah( asas atau bahagian tapak Kaabah), dan bangunan di atasnya adalah bangunan Kaabah.. Dengan demikian Baitullah al Haram adalah sebahagian daripada Kaabah.


No comments:

Post a Comment